Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja.....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ..........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. .....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya. .....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang Lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....
Monday, September 7, 2009
BUAT PEDOMAN BERSAMA
Posted by XOXO Beauty House at 8:55 AM 0 comments
Wednesday, September 2, 2009
Telur Rebus
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada surprise untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan surprise isteriku ini. Aku pun tahan ler Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya bau boleh tahan maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia¿ aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu¿ PRRROOOOOTTT!!!! fuhh lega bergegar sikit meja makan dibuatnya¿ peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ahhhh. lega. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ¿SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!! dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!
moral..jgn mkn telur rebus berlebihan....sekadar hiburan ye kwn2..hik3..;p
Posted by XOXO Beauty House at 12:51 PM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
Arghhh Aku Terlewat!!!!!
lpas bgn sahur & solat subuh pg td aku tdo blk mcm biasa..biasa la masih awal lg klau nk siap g keje pun..bru pkul 5a.m 2..hehe..so tdo pya tdo skali bla aku terjaga tgk jam dah pun pkul 8.30a.m..aduh mati la aku dh lewat ni..tgk hp dah 4msg dr gf aku xberbalas..aku pun trus kol gf aku..klau ikutkan ati aku ni dh mls nak pegi keje..maklum la dh lewat..segan ada..takut kna mrh ngan bos pun ada..nasib baik gf aku bg smgt supaya pegi gak keje..lpas je kol gf aku td, aku kol kerani sekolah aku plak mnta tlg dia bg thu bos aku yg aku lewat ari ni sbb bru bgn tdo..hehe...pastu kerani aku pun ckp xpe dtg je..aku pun dgn rilexnya amik bju n seluar g iron slow2..mls aku nk rushing2..siap je iron bju keje aku pun trus g mandi n siap..pkul 9.10a.m bru la aku sampai opis..ati aku mula dubdab2x..mnta2 bos aku xmrh la..kebetulan bla aku smpai dia xde kt opis..so aku rilex la dlu..5min kemudian dia msuk opis..aku pun terus g jumpa dia n say sori sbb aku terlewat ari ni..nasib baik mood dia ok ari ni..dgn selamba dia ckp ketawa n ckp its ok..maka terpancar la wajah kegembiraan di muka aku..hahaha..nasib2...klau xjawab la aku seksa kubur..hahaha..
Posted by XOXO Beauty House at 10:01 AM 0 comments

